Friday 18 October 2013

Frigid

Tahukah anda FRIGID adalah suatu keadaan wanita tidak dapat merasakan dan menikmati ransangan seksual yang diberikan.Masalah ini boleh berlaku kepada wanita sama ada yang baru berumahtangga atau pun yang sudah berpuluh tahun berkahwin. Penyakit dan rasa takut dan pelbagai faktor penyebab masalah ini berlaku antaranya termasuklah gangguan hormon dan juga gangguan fizikal.



Frigid berlaku apabila gangguan hormon seorang wanita tidak stabil,misalnya selepas melahirkan anak atau memasuki frasa menopaus. Gangguan hormon juga boleh berlaku semasa seorang wanita menyusui bayi.Ia boleh menyebabkan penurunan kadar estrogen yang seterusnya mempengaruhi vagina dan respon seks.

Vagina akan menjadi lebih menipis dan kurang pelincir,sensitiviti payudara dan bahagian genital termasuk klitoris menjadi tidak peka.Vagina yang kering menyebabkan seseorang wanita itu merasa sakit sewaktu melakukan hubungan seks,bahkan boleh terluka akibat geseran malah boleh mengakibatkan jangkitan.

Gangguan fizikal boleh jadi akibat penyakit seperti artritis atau infeksi pada saluran kencing.Tapi mungkin juga berpunca dari akibat penggunaan ubat-ubatan tertentu,antaranya ubat antikemurungan,antihipertensi atau ubat pasca kimoterapi.Dalam pada itu jangan ambil mudah gejala sakit kepala atau tubuh yang sering merasa letih,kerana perkara ini juga bisa menyebankan nafsu seks mula menurun.

Walau lebih 15 minit tubuh disentuh dan diransang oleh suami namun si isteri langsung tidak rasa ghairah.Tidak timbul langsung nafsu untuk seks dan sampai satu ketika dia membiarkan sahaja tubuhnya diperlakukan oleh suami tanpa apa-apa perasaan.

Walaupun tiada masalah dalam kesihatan,tapi tidak bermakna seseorang wanita itu bebas dari frigid.Faktor psikologi dan persekitaran juga boleh mempengaruhi seseorang mengalaminya.Sewaktu emosi tidak stabil,kerisauan atau kemurungan yang berlebihan frigid boleh muncul.Sama juga sekiranya anda sedang berhadapan dengan konflik perasaan atau merasa tidak puas hati dengan sikap pasangan maka respon seksual,secara automatik akan berkurangan.

Ketakutan juga antara sebab lain sesorang wanita mengalami frigid.Takut sakit,takut pasangan melihat tubuh yang kurang sempurna,takut hamil adalah antara ada wanita mengelak melakukan hubungan seks dengan pasangan mereka.Ketakutan ini juga boleh terjadi pada wanita kerana pernah mengalami pengalaman yang traumatik seperti mangsa rogol.

Tips yang boleh dicuba
1.Cuba bersikap saling terbuka dan jujur tentang masalah seks dengan pasangan.Sekiranya tidak merasa puas,berterus teranglah dengan kerana keterbukaan boleh memperbaiki diri.
2.Amalkan gaya hidup sihat,elakkan merokok,ubat-ubatan terlarang dan biasakan bersenam.
3.Lakukan senaman kegel untuk mengatasi kesukaran orgasma.
4.Panjangkan tempoh masa pemanasan,kalau biasanya anda lakukan 5 minit,cubalah selama 15 minit.
5.Sekiranya vagina merasa kering,anda boleh gunakan pelincir tambahan yang boleh beli di farmasi.
6.Sekiranya cara di atas masih belum juga berhasil,dapatkan bantuan dari pakar kerana ada masalah seks yang hanya boleh diatasi dengan ubat atau terapi.

7. RAWATAN JAMU SUSUK DARA :

- SEBOTOL COKLAT LOVE HABIBI RM48



- INTIM GEL RM56/tiub @ MINYAK IKAT KASEH RM56/botol


**untuk tempahan boleh pm / whatsapp zaza @ 0195900829